Doogee akan lancar telefon pintar lasak Doogee V Max yang memiliki bateri 22,000mAh
Pengeluar telefon pintar China iaitu Doogee dijangka akan melancarkan beberapa peranti tahan lasak baharu bulan hadapan dan salah satu daripada model adalah telefon pintar Doogee V Max yang akan tampil dengan bateri gergasi berkapasiti 22,000mAh.
Selain itu, Doogee V Max akan hadir dengan skrin paparan IPS FHD+ berukuran 6.58-inci dengan sokongan kadar segar semula 120Hz dan panel ini juga dilindungi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass dan terdapat kamera selfie 32MP IMX616.
Dalam pada itu, Doogee V Max akan dijana dengan cipset MediaTek Dimensity 1080 bersama 12GB RAM dan storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1 serta Android 12.
Seterusnya, Doogee V Max akan memiliki sistem kamera yang terdiri daripada satu unit sensor utama 108MP, sensor 20MP Night Vision IMX 350 dan sensor ultrawide 130° 16MP dengan pemfokusan auto dan sokongan makro. modul kamera ini juga mempunyai dua lampu flash dan dua lampu inframerah.
Seperti dimaklumkan di atas, Doogee V Max akan memiliki bateri berkapasiti 22,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W dan akan menjadi telefon pintar dengan kapasiti terbesar.
Doogee V Max dikatakan akan mempunyai ketebalan 27.3mm namun tiada maklumat berat didedahkan.
Lain-lain spesifikasi Doogee V Max adalah NFC, sensor capjari di sisi, sokongan 5G, butang sisi pra-tetap dan pensijilan IP68/IP69 & MIL-STD-810H serta High-Res Audio.
Doogee V Max akan ditawarkan didalam warna Sunshine Gold, Classic Black, dan Moonshine Silver namun harga jualan masih belum diumumkan.
sumber : GSMArena