Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 12 Pro+ dan Note 12 Pro kini rasmi untuk pasaran global

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Redmi Note 12 Series untuk pasaran global dan ianya terdiri daripada 3 model iaitu Redmi 12, Redmi 12 Pro dan Redmi 12 Pro+ 

Menariknya, ketiga-tiga model Redmi Note 12 Series yang telah dilancarkan di India hadir dengan spesifikasi yang sama seperti Redmi Note 12 Series yang dilancarkan di China pada Oktober tahun lalu.

Ini bermaksud, kesemua model Xiaomi Redmi 12 Pro dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1080 manakala Xiaomi Redmi 12 pula dijana cip Snapdragon 4 Gen 1.

Redmi Note 12 Pro dan Redmi Note 12 Pro+

Xiaomi Redmi Note 12 Pro dan Redmi Note 12 Pro+ tampil dengan skrin paparan OLED 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Cip MediaTek Dimensity 1080 pada kedua model ini dipadankan dengan kapasiti RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Beralih kepada bahagian kamera, Redmi Note 12 Pro+ memiliki sensor utama ISCOELL HPX 200MP yang merupakan sensor 1/1.4-inci dengan 16-to-1 pixel binning dan pemfokusan QPD manakala Redmi Note 12 memiliki sensor utama 50MP IMX766 yang mempunyai OIS.

Dalam pada itu, Redmi Note 12 Pro dan Note 12 Pro+ juga memiliki sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP.

Selain itu, Redmi Note 12 Pro dan Redmi Note 12 Pro+ juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 67W dan 120W, MIUI 13 dengan Android 12 dan tidak lupa bicu audio 3.5mm.

Redmi Note 12 Pro+
Redmi Note 12 Pro

Redmi Note 12 Pro+ ditawarkan didalam warna white, black dan blue  pada harga dari INR 25,999 (RM 1,834) manakala Redmi Note 12 Pro ditawarkan didalam warna white, black, blue dan pink gradient pada harga dari INR 24,999 (RM 1,330)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.