Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan set kepala PICO 4 pada harga serendah RM 1,599 sahaja – percuma 6 permainan VR dan 3 aksesori

Dapatkan set kepala PICO 4 pada harga serendah RM 1,599 sahaja - percuma 6 permainan VR dan 3 aksesori 3

PICO, sebuah syarikat produk VR terkemuka telah memasuki pasaran Malaysia baru-baru ini dengan penawaran set kepala VR PICO 4 sebagai produk mercu mereka.

Bersempena dengan sambutan tahun baru cina yang bakal disambut awal tahun hadapan, PICO telah mengumumkan satu promosi khas yang membolehkan anda mendapatkan set kepala PICO 4 pada harga yang lebih berpatutan.

Mulai 1 Januari sehingga 27 Januari 2023, anda boleh membeli PICO 4 pada harga RM 1,599 sahaja bagi varian 128GB dan RM 1,899 bagi varian 256GB.

Selain itu, anda juga akan menerima enam permainan VR secara percuma iaitu LesMills Body CombatAll-in-One Sports VR, OhShape, Smash Drums, Down the Rabbit Hole, dan After the Fall.

Tidak setakat itu, PICO juga akan menawarkan tiga aksesori tambahan secara percuma iaitu  PICO 4 Casing (bernilai RM99.00), Lens Protector (bernilai RM19.90) dan Sweat Proof Silicone Cover (bernilai RM49.90). 

Dapatkan unit PICO 4 di stor rasmi PICO di Lazada, Shopee, TikTok Shop atau di stor fizikal PICO di Sunway Pyramid sementara masih ada stok.

Baca : ULASAN : PICO 4 – Set Kepala VR yang berpotensi untuk mengubah landskap dunia realiti maya

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.