Honor 80 GT kini rasmi dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 – harga sekitar RM 2,094
Honor secara rasminya telah melancarkan Honor 80 GT dan ianya dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1.
Terus ke spesifikasi, Honor 80 GT hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi 1080 x 2400 piksel dan panel 10-bit ini juga mempunyai kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksima 1,400nits.
Selain itu, cip Snapdragon 8+ Gen 1 ini juga dipadankan bersama 12GB atau 16GB RAM manakala storan dalaman adalah 256GB.
Beralih kepada kamera, Honor 80 GT memiliki satu sensor utama 54MP Sony IMX800, satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.
Seterusnya, Honor 80 GT turut memiliki bateri berkapasiti 4,800mAh bersama pengecasan pantas 66W, antaramuka Magic UI 7.0 yang berasaskan Android 12 dan sistem penyejukan VC 4,386mm2.
Honor 80 GT akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Black, Blue dan White pada harga dari CNY 3,299 (RM 2,094)
Buat masa ini masih tidak diketahui status pelancaran global telefon pintar ini.