Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HUAWEI MatePad SE 10.4 – Tablet Entry-Level yang menyokong aplikasi Google

Tablet MatePad Series keluaran HUAWEI boleh dikatakan mempunyai pelbagai model tablet yang meliputi tablet premium sehingga tablet kelas entry-level.

Terbaru, syarikat ini telah memperkenalkan HUAWEI MatePad SE 10.4 yang boleh dikatakan sebagai sebuah tablet kelas midrange yang turut menawarkan beberapa spesifikasi premium pada harga dibawah RM 1,000 sahaja.

HUAWEI MatePad SE 10.4 yang baharu dan dipertingkatkan ini turut tampil dengan HarmonyOS 3 dan ia juga menyokong pelbagai jenis aplikasi nota untuk produktiviti dan pengalaman pendidikan yang lebih baik untuk kanak-kanak.

Ini adalah ulasan HUAWEI MatePad SE 10.4 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 999.

Reka Bentuk

HUAWEI MatePad SE 10.4 hadir dengan reka bentuk yang cukup premium walaupun tablet ini adalah sebuah tablet kelas entry-level.

Tablet terbaru HUAWEI ini tampil dengan bingkai lengkung mikro yang menjadikan peranti kelihatan lebih nipis. Ini juga memberikan ergonomik yang lebih baik dan selesa ketika digunakan.

HUAWEI MatePad SE 10.4 ini mempunyai berat sekitar 440gram dengan ketebalan 7.85mm.

Pada bahagian hadapan, HUAWEI MatePad SE ini mempunyai skrin paparan 2K berukuran 10.4-inci yang memberikan pengguna pengalaman visual dan bezel yang tidak terlalu tebal membolehkan tablet ini memiliki skrin nisbah skrin kepada rangka 84%.

Selain itu, HUAWEI MatePad SE 10.4 ini juga dilengkapi 4 pembesar suara ( dua pembesar suara pada sisi kanan dan kiri tablet) iaitu Histen 8.0 yang memberikan pengguna pengalaman audio yang mengasyikkan ketika anda menonton filem atau mendengar lagu kegemaran anda.

Bercakap mengenai butang, terdapat 2 butang pada tablet ini iaitu butang kuasa dan butang kelantangan suara yang mana ianya diletakkan berhampiran bucu kiri ketika tablet diletakkan didalam mod lanskap.

Skrin Paparan

HUAWEI MatePad SE 10.4 hadir dengan skrin paparan HUAWEI FullView berukuran 10.4-inci yang memberikan pengguna sebuah panel skrin yang mampu menawarkan kepuasan visual yang terbaik.

Skrin paparan IPS ini menawarkan resolusi 2000 x 1200 piksel dengan kecerahan maksima 470 nits dan kepadatan piksel 225ppi.

Skrin Paparan ini juga memiliki ciri perlindungan mata berbilang lapisan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna tanpa sebarang kebimbangan walaupun selepas penggunaan berpanjangan.

Tablet ini juga telah menerima pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light dan Flicker Free yang membuktikan keupayaan HUAWEI MatePad untuk meminimumkan

kesan skrin pada mata, memberikan perlindungan mata yang menyeluruh kepada pengguna.

Pemproses

HUAWEI MatePad SE 10.4 ini dikuasakan dengan cip keluaran Qualcomm ini iaitu cip 6nm Snapdragon 680 bersama GPU Adreno 610 dan 4GB RAM

Lebih penting, HUAWEI MatePad SE 10.4 ini hadir dengan sistem operasi HarmonyOS 3 mempunyai antaramuka  produktiviti yang serba baharu dan menambah pelbagai ciri baharu seperti Widget Stack dan Widget Group.

Huawei juga memperkenalkan pelbagai ciri yang mengagumkan untuk merealisasikan interaksi intuitif, termasuk Multi-screen Collaboration, Multi-Window dan App Multiplier. Satu lagi penambahan baharu ialah File Manager yang telah dipertingkat dan ini membolehkan pengguna mencari fail dengan mudah.

Selain itu, HUAWEI MatePad SE 10.4 ini juga mempunyai dua pilihan storan dalaman iaitu 64GB atau 128GB namun ianya juga menyokong tambahan memori sehingga 512GB dengan menggunakan kad microSD.

Dalam pada itu, HUAWEI AppGallery pada peranti HUAWEI kini menawarkan hampir 99% aplikasi popular bagi pengguna di Malaysia dan ianya kini turut menyokong aplikasi Google yang tanpa sebarang kompromi kepada privasi dan perlindungan data peribadi pengguna.

Antara aplikasi Google yang kini sudah boleh diguna pada tablet HUAWEI MatePad SE 10.4 adalah YouTube, Gmail, Google Maps, Google Meet dan banyak lagi.

Aplikasi Google kini boleh digunakan dengan selamat pada HUAWEI Mate 50 series, nova series, Matepad series dan banyak lagi

Untuk memastikan anda menikmati sambungan Wi-Fi yang stable, tablet ini tampil dengan reka bentuk antena berprestasi tinggi yang serba baharu, HUAWEI MatePad SE mempunyai keupayaan  untuk menawarkan isyarat yang dipertingkatkan untuk memastikan sambungan yang stabil walaupun isyarat Wi-Fi lemah.

Bateri

HUAWEI MatePad SE 10.4 juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,100mAh dan ianya juga menyokong pengecasan 5V/2A sahaja yang agak perlahan namun ianya adalah jenis USB-C.

Penutup

HUAWEI MatePad SE 10.4 terbukti sebagai sebuah tablet yang serba lengkap dan mampu menjadi satu peranti Super Device yang berkuasa dengan generasi HarmonyOS yang terbaru.

Selain itu, harga RM 999 juga meletakkan tablet ini sebagai antara tablet kelas entry-level terbaik dipasaran.

Beli HUAWEI MatePad SE 10.4 di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.