Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

nubia Red Magic 8 Pro dan Red Magic 8 Pro+ kini rasmi – telefon pintar gaming pertama dengan cip Snapdragon 8 Gen 2

nubia secara rasminya telah memperkenalkan dua telefon pintar gaming terbaru syarikat ini iaitu nubia Red Magic 8 Pro dan nubia Red Magic 8 Pro+.

nubia Red Magic 8 Pro dan Red Magic 8 Pro+ berkongsi kebanyakkan spesifikasi utama dan ianya dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan cip Red Magic R2.

Beralih ke skrin, nubia Red Magic 8 Pro dan Red Magic 8 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.8-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz serta kadar pensampelan sentuhan 960Hz. Ianya juga disertakan dengan kamera selfie 16MP in-display.

Ke kamera pula, nubia Red Magic 8 Pro dan Red Magic 8 Pro+ memiliki sensor utama 50MP ISOCELL GN5, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

nubia Red Magic 8 Pro mempunyai sistem penyejukan ICE 11.0, termasuk beberapa lapisan kepingan grafit dan ruang wap 3D dengan 2,068 cu.mm. kipas penyejuk pada sisi kini beroperasi pada kadar 20,000rpm dan terdapat lapisan grafit yang meliputi keseluruhan skrin.

Selain itu, nubia Red Magic 8 Pro dan Red Magic 8 Pro+ juga mempunyai dua butang shoulder, 9 antena untuk perhubungan yang baik, bicu audio 3.5mm dan slot USB-C.

Selain itu, nubia Red Magic 8 Pro disertakan dengan bateri berkapasiti 6,000mAh bersama pengecasan pantas 80W yang memberikan pengecasan 0-100% didalam masa 35 minit sahaja.

Dalam pada itu, Red Magic 8 Pro+ pula memiliki bateri 5,000mAh namun dengan pengecasan pantas 165W dengan adapter USB-C GaN.

Seterusnya, nubia Red Magic 8 Pro ditawarkan didalam tiga konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 8/128 GB, 8/256 GB, dan 12/256 GB pada harga dari CNY 3,999 (RM 2,538)

nubia Red Magic 8 Pro+ juga ditawarkan didalam tiga varian iaitu  12/256 GB, 16/512 GB, and 16/1 TB dengan harga bermula dari CNY5,199 (RM 3,300).

nubia Red Magic 8 Pro dan Red Magic 8 Pro+ akan ditawarkan di China mulai 28 Disember namun buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat penawaran global didedahkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.