Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K60 Series akan dilancarkan pada 27 Disember ini

Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa Redmi K60 Series akan dilancarkan di pasaran China pada 27 Disember ini.

Redmi K60 Series dijangka akan terdiri daripada dua model iaitu Redmi K60 dan Redmi K60 Pro namun generasi kali ini tidak akan mempunyai versi gaming kerana syarikat ini berpendapat prestasi telefon pintar ini sudah cukup berkuasa untuk menyokong permainan video.

Buat masa ini tidak banyak maklumat mengenai telefon pintar ini diketahui namun gambar teaser mendedahkan salah satu daripada model Redmi K60 ini akan memiliki tetapan tri-kamera yang termasuk satu sensor periskop yang kali pertama digunakan pada peranti Redmi.

Selain itu, Redmi K60 dijangka akan menggunakan cip MediaTek Dimensity 8200 manakala Redmi K60 Pro pula dikatakan akan dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Apa pun segala persoalan mengenai Redmi K60 Series bakal terjawab didalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.