Asus ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition kini rasmi di Malaysia pada harga RM 4,999
Asus secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar edisi khas ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition yang terhasil dengan kerjasama Blizzard Entertainment akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,999.
Asus ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition ini tampil dengan logo Aura RGB Diablo Immortal dan ukiran separa matte Hellfire Red pada panel belakang.
Selain itu, Asus juga memberikan tema eksklusif Diablo, animasi dan kesan bunyi bertemakan Diablo Immortal.
Seterusnya adalah kotak pembelian edisi khas ini tampil rekaan Horadic Cube, skrol peta khas dunia Sanctuary serta obor King Fahir. Terdapat juga Shield Blessing Aero Case edisi terhad dan alat ejector SIM lambang Diablo khas.
Bercakap mengenai spesifikasi, ianya adalah sama seperti Asus ROG Phone 6 yang memiliki cip Snapdragon 8+ Gen 1, 16GB RAM LPPDR5 dan storan 512GB UFS 3.1
Asus ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,999 didalam kuantiti yang amat terhad bersama satu tahun lanjutan waranti serta hadiah percuma bernilai RM 100 bagi 50 pembeli pertama.
Asus ROG Phone 6 Diablo Immortal Edition boleh dibeli melalui wakil pengedar sah rasmi di Malaysia.