Apple mungkin batalkan atau tunda pelancaran iPhone SE 4 sehingga 2024
Apple dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk membatalkan atau menunda pelancaran Apple iPhone SE 4 sehingga tahun 2024 kerana permintaan yang sangat rendah bagi telefon pintar bajet Apple ini.
Ming Chi Kuo berkata penundaan atau pembatalan model iPhone yang tidak mendapat permintaan yang tinggi adalah sesuatu yang wajar memandangkan ianya boleh membantu pembaziran kos pembangunan dan mengatasi kegawatan ekonomi global pada tahun 2023.
Selain itu, lakaran awal mendedahkan iPhone SE 4 yang akan dikenali sebagai iPhone SE 2024 akan mempunyai rekaan berasaskan iPhone XR dan ianya merupakan antara model pertama untuk menyingkirkan Touch ID dan bergantung sepenuhnya pada Face ID.
Apple iPhone SE kebiasaanya mempunyai kitaran produk sekitar 15 bulan dan syarikat Cupertino ini masih mempunyai masa untuk melakukan sebarang keputusan yang tepat dengan keadaan ekonomi dan pasaran telefon pintar global.