Aaron Chia dan Soh Wooi Yik uji ketahanan skrin Honor X9a 5G
Beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang menjuarai Kejohanan Badminton Dunia di Jepun, baru-baru ini secara rasminya dilantik sebagai Ketua Pegawai Pengalaman HONOR Malaysia untuk menguji ketahanan skrin HONOR X9a 5G.
Skrin melengkung OLED ultra kukuh yang dimiliki oleh HONOR X9a 5G ini unik kerana dihasilkan daripada kaca Super Reinforced setebal 0.65mm yang lebih kukuh dan tahan jatuh berbanding kaca 0.55mm yang lazim digunakan di pasaran peranti.
Ini sekaligus mengetepikan kebimbangan pengguna terhadap ketahanan skrin melengkung.
Menerusi video HONOR Malaysia di Facebook, Aaron dan Wooi Yik telah melakukan beberapa siri pukulan smashterhadap HONOR X9a 5G bagi menguji ketahanan skrin melengkung peranti itu.
Cabaran pertama memperlihatkan mereka pukul bulu tangkis pada papan kayu yang patah dengan mudah.
Kemudian, HONOR X9a 5G diletakkan pada sekeping papan kayu dan beregu tersebut cuba memecahkan skrin untuk menguji ketahanannya dengan pukulan smash mereka.
Aaron dan Wooi Yik melakukan beberapa pukulan smash , namun mereka masih gagal memecahkan skrin HONOR X9a 5G, sebaliknya impak daripada pukulan menyebabkan papan kayu terbelah dua.
Selepas tamat cabaran tersebut, penilaian yang diberikan oleh Aaron dan Wooi Yik mengenai HONOR X9a 5G adalah ianya memiliki skrin melengkung yang sangat kukuh dan tidak mudah rosak.
HONOR X9a 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 4 Januari 2023.
Tonton video ujian tersebut di :
https://www.facebook.com/HonorMY/videos/684172803382555