Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 10T Marvel Edition kini rasmi khas untuk peminat Marvel

OnePlus telah berkerjasama dengan Marvel untuk menawarkan telefon pintar terbaru syarikat iaitu OnePlus 10T didalam tema yang menggabungkan beberapa adiwira ikonik dibawah naungan Marvel.

OnePlus 10T yang digunakan pada edisi Marvel ini adalah Moonstone Black dan ianya tampil didalam kotak reka khas yang mengadungi case Iron Man, PopSocket yang digayakan seperti perisai Captain America dan tempat letak telefon pintar Black Panther.

Selain itu, OnePlus 10T Moonstone Black ini mempunyai 16GB RAM dan storan dalaman 256GB dengan harga INR 56,000 (RM 2,995) yang sama seperti versi biasa.

Walaubagaimanapun, OnePlus tidak mengumumkan samada OnePlus 10T Marvel Edition ini akan ditawarkan dipasaran lain ataupun tidak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.