Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 10 Pro 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz dan Snapdragon 695 – harga RM 1,299

realme 10 Pro 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz dan Snapdragon 695 - harga RM 1,299 5

Selain realme 10 Pro+ 5G, realme juga telah melancarkan realme 10 Pro+ untuk pasaran Malaysia pada harga RM 1,299

realme 10 Pro+ 5G dilengkapi skrin paparan melengkung pada sisi yang memiliki bezel ultra nipis berukuran 1.0mm . Skrin paparan realme 10 Pro 5G ini adalah panel LCD berukuran 6.72-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Beralih kepada cipset, realme 10 Pro 5G dijana cip Snapdragon 695 , 8GB RAM + 8GB RAM virtual, storan dalaman 256GB, antaramuka realme UI 4.0 yang berasaskan Android 13 dan sensor capjari pada butang kuasa.

Dalam pada itu, realme 10 Pro 5G memiliki sensor utama 108MP dan sensor depth 2MP. kamera selfie adalah 16MP.

Beralih ke bateri, realme 10 Pro 5G memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

realme 10 Pro 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz dan Snapdragon 695 - harga RM 1,299 6

realme 10 Pro 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Hyperspace Gold dan Nebula Blue pada harga RM 1,299.

realme 10 Pro 5G akan ditawarkan mulai 16 Disember ini di stor realme, Shopee , Lazada,  Brand Stores dan wakil pengedar rasmi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.