Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo S16 Series akan dilancarkan pada 22 Disember ini

vivo telah mengesahkan bahawa vivo S16 Series akan dilancarkan pada 22 Disember ini dan ianya akan terdiri daripada tiga model iaitu vivo S16, vivo S16 Pro dan vivo S16e.

Kesemua vivo S16 Series ini akan mempunyai reka bentuk yang sama dengan lampu LED berbentuk gelung (aura light) dan disasarkan kepada golongan muda yang berminat mengambil gambar dan video.

Walaupun tiada sebarang pengesahan rasmi mengenai spesifikasi vivo S16 Series ini, ianya dikatakan akan dilengkapi sensor kamera selfie 50MP dengan pemfokusan auto.

Selain itu, vivo S16e dijangka akan dijana cip MediaTek Dimensity 1080, diikuti cip Snapdragon 870 pada vivo S16 manakala vivo S16 Pro pula akan menggunakan cip terbaru keluaran MediaTek iaitu Dimensity 8200.

Seperti generasi sebelum ini, vivo S16 dijangka akan ditawarkan sebagai vivo V Series dipasaran antarabangsa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.