Xiaomi Redmi Note 12 Pro+ dengan sensor 200MP akan dilancarkan pada 5 Januari
![Xiaomi Redmi Note 12 Pro+ dengan sensor 200MP akan dilancarkan pada 5 Januari 1 Xiaomi Redmi Note 12 Pro+ dengan sensor 200MP akan dilancarkan pada 5 Januari 1](https://mobilefokus.com/wp-content/uploads/2022/12/D5DCD3B3-B2C7-4AD8-8F37-1324266713A8.jpeg)
Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa Redmi Note 12 Pro+ akan dilancarkan pada 5 Januari 2023 dan ini akan menjadi telefon pintar pertama Redmi untuk hadir dengan sensor 200MP atau yang kedua daripada Xiaomi selepas 12T Pro.
Selain Redmi Note 12 Pro+, terdapat juga kemungkinan Redmi Note 12 dan Redmi Note 12 Pro dilancarkan bersama telefon pintar ini.
Siri Redmi Note Series ternyata sangat popular dipasaran India dan Global dimana Xiaomi baru-baru ini juga telah mengesahkan lebih dari 300 juta unit Redmi Note telah berjaya dijual sejak generasi pertama dilancarkan.