Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple sahkan Sony merupakan pembekal sensor kamera iPhone sejak lebih satu dekad

Apple secara tradisinya tidak mendedahkan maklumat pembekal komponen utama pada produk keluaran mereka dan ini termasuk pada telefon pintar Apple iPhone.

Walaubagaimanapun, Tim Cook telah mengesahkan bahawa Sony telah membekalkan sensor kamera kepada Apple iPhone sejak lebih dari satu dekad dan Tim juga telah mengadakan lawatan ke kilang pengeluaran sensor CMOS di Kumamoto, Jepun.

Melalui akaun Twitter rasmi beliau, Tim Cook telah memuatnaik sebuah gambar yang menunjukkan lawatanya ke kilang Sony bersama Ketua Pegawai Eksekutif Sony iaitu Kenichiro Yoshida.

Selain itu, Apple tidak mendedahkan maklumat pembekal komponen lain namun penganalisa pasaran telah mendedahkan bahawa Corning membekalkan gelas keselamatan manakala Samsung dan LG pula membekalkan panel OLED diikuti TSMC yang menjadi pengeluar cip pemprosesan Apple.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.