Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X9a 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 4 Januari ini

HONOR secara rasminya telah mengesahkan telefon pintar Honor X9a 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 4 Januari 2023 sebagai telefon pintar pertama Honor untuk tahun 2023.

Selain itu, HONOR X9a 5G juga telah disahkan akan hadir dengan skrin paparan curved OLED Ultra Kukuh HONOR X9a 5G yabg dilapisi kaca Super Reinforced setebal 0.65mm yang lebih tahan lasak berbanding kaca 0.5mm yang biasa digunakan di pasaran.

Ketahanan Honor X9a 5G juga telah dibuktikan menerusi beberapa eksperimen di ujian makmal HONOR yang seperti menjatuhkan HONOR X9a ke atas lantai batu mamar dan konkrit dari ketinggian satu meter. Peranti ini turut dijatuhkan bergolek dari pelbagai sudut, yang mana ujian mikro jatuh tersebut dilakukan lebih puluhan ribu kali.

Selain itu, skrin Honor X9a 5G juga dilengkapi ciri PWM 1920HZ dan pensijilan cahaya biru rendah TÜV Rheinland untuk menjaga kesihatan mata pengguna.

Jangan lupa saksikan pelancaran rasmi Honor X9a 5G di Malaysia pada 4 Januari ini di Facebook Honor Malaysia

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.