Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Watch D dengan ciri bacaan tekanan darah akan dilancarkan di Malaysia


HUAWEI Watch D yang 
merupakan jam pintar pertama syarikat ini untuk menawarkan sokongan bacaan tekanan darah akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

HUAWEI Watch D tampil dengan reka bentuk segiempat dan ianya juga dilengkapi dengan pensijilan kalis air dan habuk IP68.

 

Selain kebolehan membaca tekanan darah, HUAWEI Watch D juga boleh merekod bacaan ECG, kadar degupan jantung dan lebih dari 70 aktiviti kecergasan.

Bercakap mengenai bateri, HUAWEI Watch D dilihat mampu menawarkan sehingga 7 hari jangka hayat bateri.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.