Infinix Zero 5G 2023 dilancarkan secara rasmi dengan cip Dimensity 1080 dan skrin 120Hz
Infinix secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Infinix Zero 5G 2023 yang dikuasakan dengan cipset MediaTek Dimensity 1080.
Infinix Zero 5G 2023 tampil dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 240Hz.
Bersama cip Dimensity 1080, Infinix Zero 5G 2023 juga memiliki 8GB RAM dan storan dalaman 256GB namun terdapat ciri virtual RAM yang memberikan peranti ini sehingga 13GB RAM.
Beralih kepada kamera, Infinix Zero 5G 2023 memiliki satu sensor utama 50MP AI, satu sensor depth 2MP dan satu sensor makro 2MP dengan ciri seperti Super Night Mode, Night Filter untuk gambar low-light dan Sky Remap.
Selain itu, Infinix Zero 5G 2023 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W dan antaramuka XO12 yang berasaskan Android 13.
Infinix Zero 5G 2023 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Pearly White, Coral Orange, dan Submarine Black pada harga asas $239 iaitu sekitar RM 1,046.