Honor Magic Vs dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada awal tahun 2023
Telefon pintar foldable terbaru Honor iaitu Honor Magic Vs yang dilancarkan di pasaran China semalam telah disahkan akan memasuki pasaran antarabangsa dan ianya merupakan telefon pintar foldable pertama Honor yang melepasi sempadan pasaran China.
Honor Magic Vs adalah telefon pintar boleh lipat syarikat ini yang menambahbaik rekaan Honor Magic V selain penambahbaikan spesifikasi kamera dan banyak lagi.
Persoalan yang pasti bermain difikiran peminat Honor adalah adakah telefon pintar ini akan memasuki pasaran Malaysia dan berdasarkan trend pelancaran sebelum ini, Honor Magic Vs dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada awal tahun 2023 dan ianya mungkin menjadi antara pasaran pertama global untuk menerima model ini.
Baca lanjut tentang Honor Magic Vs di ISINI