Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TSMC buka kilang bernilai $12 bilion di Phoenix, Amerika Syarikat

Pengasas Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) telah mengesahkan bahawa syarikat itu akan membuka sebuah kilang di Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat dengan pelaburan sebanyak $12 bilion.

Kilang baharu ini akan memfokuskan kepada pengeluaran cip pemprosesan mudah alih berasaskan proses fabrikasi 3nm yang dijangka akan digunakan pada generasi iPhone yang akan datang dan jumlah syarikat yang akan menggunakan cip ini sudah pastinya berkembang.

Kilang utama TSMC adalah di Taiwan namun ianya telah mempunyai beberapa kilang dan pusat pembangunan di Amerika Syarikat.

Menurut laporan terbaru Counterpoint, TSMC membekalkan hampir 70% bekalan cipset global pada suku pertama 2022.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.