Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab S6 Lite kini ditawarkan pada harga RM 1,249 sahaja

 


Samsung Malaysia telah mengumumkan bahawa tablet Galaxy Tab S6 Lite  kini ditawarkan dengan harga jualan yang lebih berpatutan iaitu hanya RM 1,249 berbanding harga jualan sebelum ini iaitu RM 1,499

Galaxy Tab S6 Lite hadir dengan skrin paparan WUXGA berukuran 10.4-inci pada resolusi 2000×1200, pemproses Exynos 9611, 4GB RAM, 64GB storan dalaman dan bateri berkapasiti 7,040mAh.

Bercakap mengenai kamera, Galaxy Tab S6 Lite memiliki kamera belakang 8MP f/1.9 manakala kamera selfie adalah 5MP f/2.0.

Samsung Galaxy Tab S6 Lite juga hadir dengan sokongan S-Pen, dua pembesar AKG + Dolby Atmos, OneUI 4 yang berasaskan Android 12 dan slot microSD (sehingga 1TB).

Samsung Galaxy Tab S6 Lite hadir didalam dua pilihan warna iaitu Oxford Gray dan Angora Blue dengan harga penjualan RM 1,249

maklumat lanjut di : Samsung Malaysia 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.