Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 kini rasmi dengan ray tracing dan prestasi lebih berkuasa

Qualcomm secara rasminya telah melancarkan cip pemprosesan flagship 2023 mereka iaitu Snapdragon 8 Gen 2 yang dilihat memfokuskan kepada penggunaan tenaga yang lebih cekap namun prestasi turut dipertingkatkan.

CPU Kyro yang digunakan pada Snapdragon 8 Gen 2 membawa peningkatan prestasi CPU sebanyak 35% namun kecekapan tenaga adalah 40% lebih baik walaupun ianya masih kekal pada fabrikasi 4nm.

Cip ini terdiri daripada satu teras Kyro Prime berkelajuan 3.817GHz, 4 teras Performance berkelajuan 2.8GHz dan 3 teras Efficiency berkelajuan 2.0GHz.

Selain itu, Snapdragon 8 Gen 2 juga menyokong penggunaan RAM jenis LPPDRX5 dan UFS 4.0 manakala GPU Adreno yang terbaru menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 25% dengan kecekapan tenaga adalah 45% lebih baik.

Dari segi gaming, cip Snapdragon 8 Gen 2 ini membawakan sokongan Ray Tracing yang mungkin memberikan pembangun permainan video peluang untuk mengeluarkan permainan video seperti di Konsol dan PC.

Seterusnya, Snapdragon 8 Gen 2 telah disuaikan untuk menyokong satu sensor 200MP atau 3 sensor 36MP dan terdapat juga sokongan sensor 108MP tanpa sebarang ‘shutter lag’.

Dari segi perhubungan pula, Snapdragon 8 Gen 2 tampil dengan modem 5G Snapdragon X70, Wi-Fi 7, Bluetooth 5.3, Snapdragon Sound dan banyak lagi.

Snapdragon 8 Gen 2 akan digunakan pada kebanyakkan pengeluar telefon pintar Android seperti Asus ROG, Honor, iQOO, Motorola, nubia, OnePlus, Oppo, Red Magic, Sharp, Sony, vivo, Xiaomi, Meizu dan ZTE.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.