Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Developer Day 2022 pamer kemajuan ekosistem HMS – pengalaman lebih menyeluruh dengan Mate50 Series

Susulan pelancaran HUAWEI Mate50 Series, Huawei telah menganjurkan  acara tahunan HUAWEI Developer Day APAC 2022 di Kuala Lumpur, Malaysia yang mempamerkan pengembangan ekosistem HUAWEI Mobile Services (HMS) dengan rakan kongsi tempatan untuk membawa pengalaman hidup digital yang berkualiti tinggi dan pintar dalam semua senario untuk pengguna telefon pintar Huawei.

Better Together: Aplikasi HMS menawarkan pengalaman pintar pada semua senario

Siri HUAWEI Mate50 memperkenalkan beberapa gelombang teknologi baharu yang termasuk apertur fizikal boleh laras 10 saiz yang pertama, dan EMUI 13 yang memudahkan interaksi pintar dan lancar.

Selain inovasi teknologi , Huawei terus menambahbaik ekosistem HMS, yang kini merupakan antata 3 stor Aplikasi terbesar didunia

HMS padat dengan koleksi aplikasi dan perkhidmatan yang membolehkan pengguna HUAWEI Mate 50 Series menikmati pengalaman yang lancar, lebih pintar dan lebih pantas.

Aplikasi HMS termasuk HUAWEI AppGallery, Penyemak Imbas HUAWEI, HUAWEI Assistant·TODAY, HUAWEI Mobile Cloud, HUAWEI Video, HUAWEI Music, HUAWEI Books, HUAWEI Themes, Petal Search, Petal Maps, serta aplikasi dan perkhidmatan teras lain untuk kehidupan harian, boleh diakses oleh pengguna melalui HUAWEI AppGallery.

Cara baharu untuk meneroka dunia dengan Petal Maps

Petal Maps ialah aplikasi peta unik, bertujuan untuk mewujudkan cara baharu untuk pengguna meneroka dunia.

Ia menyediakan panduan peringkat lorong pada peta HD yang memaparkan dengan lintasan lorong, laluan pejalan kaki dan pemodelan 3D berketepatan tinggi, peta pasukan, perkongsian lokasi, pemberitahuan pelbagai maklumat dengan bebas tol, hentian rehat, kamera perangkap kelajuan, maklumat trafik masa nyata, insiden trafik , pengumpulan lokasi dan pelbagai fungsi lain untuk pengalaman navigasi yang lancar untuk pengguna.

Petal Maps menyokong operasi interaktif seperti mengezum, menggerakkan, menyengetkan, memutar, gerak isyarat dari jarak dan banyak lagi yang membolehkan pengguna HUAWEI Mate50 Series pratonton peta dalam paparan dua atau tiga dimensi.

Apabila mencari lokasi menarik, ianya juga akan mengesyorkan tempat secara bijak berdasarkan kata kunci dan menemui tempat untuk beriadah atau berhibur dengan satu klik.

Bergantung pada maklumat trafik masa nyata, Petal Maps membolehkan perancangan laluan yang cekap; seseorang boleh merancang laluan dengan masa perjalanan yang lebih singkat dengan gangguan trafik yang minimum.

Cari & beli-belah dengan selesa dengan Petal Search

Pengalaman memesan & membeli-belah dalam talian Pengguna Huawei dipertingkatkan lagi melalui AppGallery melalui perkongsian dengan pelbagai syarikat global seperti Shopee, Lazada, FoodPanda, Grab dan banyak lagi.

Dalam dunia di mana pengguna secara aktif “mencari” perkhidmatan dan produk. Petal Search ialah enjin carian pintar, khusus untuk membina pengalaman carian yang menyeluruh termasuk aplikasi, video, muzik, berita dan banyak lagi.

Pada masa yang sama, ia menyediakan perkhidmatan carian terperingkat tempatan yang meliputi kategori seperti membeli-belah, pelancongan, katering, acara sukan dan sebagainya.

Melalui Petal Search, pengguna Siri HUAWEI Mate50 bukan sahaja akan dapat mencari perkara yang mereka inginkan tetapi juga menerima maklumat terkini, diskaun beli-belah eksklusif, pilihan perjalanan dan perkhidmatan insurans, memberikan mereka pengalaman carian yang unik.

Petal Search juga menyediakan pencarian berasaskan visual, suara dan konteks. Ia juga menyediakan fungsi diperibadikan seperti mod inkognito, mod gelap dan fungsi koleksi, yang bertujuan untuk mencipta carian yang inovatif dan bergaya untuk membawa pengalaman baharu kepada pengguna.

Petal Search kini tersedia di lebih 170 negara dan menyokong lebih daripada 70 bahasa, Petal Search juga mematuhi spesifikasi GDPR dan telah diberikan sijil privasi ePrivacyseal.

Ciri privasi yang komprehensif membolehkan ketenangan fikiran yang muktamad.

HUAWEI Mate50 series juga menyokong Perlindungan Privasi Imej, yang bermaksud telefon akan memadamkan maklumat sensitif secara automatik seperti lokasi dan masa apabila pengguna berkongsi imej antara lain.

HUAWEI Mate50 Series juga dianugerahkan sijil pengesahan BSI prinsip amanah digital iTrustee v6.0 Modul Kriptografi yang memastikan data biometrik dan maklumat sensitif pengguna dilindungi dengan baik daripada penggodam dan penipuan digital.

Pengalaman lebih menyeluruh dengan HUAWEI Mate 50 Series

Dalam arena permainan, penyelesaian HMS menyediakan platform untuk peminat permainan memuat turun aplikasi permainan melalui AppGallery yang mempunyai lebih 580 juta pengguna aktif bulanan.

AppGallery juga mempunyai pelbagai pilihan aplikasi permainan daripada main peranan (RPG) kepada permainan teka-teki dan aksi.

Beberapa permainan yang paling banyak dimuat turun di Malaysia ialah Mobile Legends: Bang Bang, Super Sus – Who Is The Impostor, Garena Free Fire: Booyah Day, Ragnarok X: New Generation, PUBG mobile antara lain yang pasti akan mencetuskan adrenalin semasa permainan.

Pengguna boleh mendapatkan lebih banyak ganjaran dengan menebus baucar daripada Gift Centre pada HUAWEI AppGallery.

Selain itu, EMUI 13 juga membawakan ciri SuperStorage kepada siri HUAWEI Mate50 terbaharu, yang merupakan teknologi pemampatan storan yang pertama dalam industri untuk mengembangkan lebih banyak ruang storan untuk pengguna.

Ujian telah menunjukkan bahawa SuperStorage membantu menjimatkan sehingga 20GB ruang pada telefon HUAWEI Mate50 Series dengan 256GB ROM, memberikan lebih banyak ruang untuk foto dan video.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.