Xiaomi anjur peraduan fotografi Magnificent Malaysia dengan kerjasama Tourism Malaysia
Xiaomi telah mengumumkan pertandingan fotografi dengan kerjasama Tourism Malaysia yang bertemakan ‘Capturing Magnificent Malaysia’, peraduan ini bertujuan untuk berkongsi gambar menakjubkan Malaysia yang diambil menggunakan telefon pintar Xiaomi.
Mulai sekarang hingga 28 November, pengguna telefon pintar Xiaomi boleh menyertai peraduan ini dengan mengambil gambar Malaysia yang paling kreatif dan cantik untuk peluang memenangi pelbagai hadiah yang menakjubkan.
Melalui peraduan ini, rakyat Malaysia boleh menzahirkan kreativiti mereka melalui fotografi untuk mengambil pemandangan indah, landskap, seni bina dan orang ramai menggunakan telefon pintar mereka.
Xiaomi menggalakkan rakyat Malaysia untuk mempamerkan tafsiran mereka tentang keindahan dan keunikan Malaysia melalui foto-foto ini, dengan harapan dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia dan bukan warga Malaysia untuk melancong di dalam negara dan menyumbang kembali kepada sektor pelancongan domestik.
Cara menyertai dan menghantar penyertaan:
1. Tangkap foto anda yang paling kreatif dan cantik yang menunjukkan tafsiran anda sendiri tentang ‘Magnificent Malaysia’;
2. Siarkan imej pada profil Facebook atau Instagram anda (pastikan profil anda ditetapkan kepada umum);
3. Tag akaun rasmi Xiaomi Malaysia dan gunakan hashtag #MagnificentMalaysia #CutiCutiMalaysia #Xiaomi12TSeries;
8 foto terbaik akan dipilih oleh Xiaomi Malaysia dan Tourism Malaysia dan akan dipaparkan di laman web Tourism Malaysia.