Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mark Zuckerberg sahkan Meta pecat 11,000 pekerja

Mark Zuckerberg telah mengeluarkan satu kenyataan mendedahkan bahawa Meta akan memberhentikan 13% tenaga kerja syarikat itu atau sekitar 11,000 pekerja.

Mark Zuckerberg berkata beliau bertanggungjawab ke atas perkara ini dan rasa bersalah kepada yang terkesan namun berkata sebab pemberhentian ini adalah akibat pelaburan yang salah, pasaran iklan yang lemah dan penurunan makroekonomi.

Selain itu, Mark juga mendedahkan bahawa ramalan bagaimana dunia online akan berubah selepas pandemik COVID juga tidak seperti yang dijangkakan dan persaingan yang lebih sengit juga menyebabkan penurunan pendapatan dan Meta ingin menyalurkan sumber kepada industri berpotensi tinggi seperti enjin carian AI dan metaverse.

Pekerja yang ditamatkan perkhidmatan di Amerika Syarikat akan menerima gaji pampasan, baki PTO yang dibayar, insurans kesihatan untuk enam bulan akan datang dan sokongan kerjaya yang dibantu melalui vendor pihak ketiga.

Insentif yang akan sama akan ditawarkan kepada pekerja Meta diluar Amerika Syarikat, selari dengan  undang-undang pekerjaan tempatan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.