Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 10 kini rasmi dengan skrin AMOLED 90Hz dan cip Helio G99- harga dari RM 1,076

realme secara rasminya telah melancarkan realme 10 dan ianya dilihat memfokuskan prestasi yang lebih naik pada harga kelas entry-level.

realme 10 tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.4-inci yang memiliki resolusi HD+, kecerahan maksima 1,000 nits dan kadar segar semula 90Hz serta dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Selain itu, realme 10 dijana cip MediaTek Helio G99, tiga kapasiti RAM iaitu 4GB,6GB atau 8GB dan storan dalaman 64GB,128GB atau 256GB. Turut disertakan sokongan Virtual RAM yang memberikan tambahan sehingga 8GB dan slot microSD yang menyokong sehingga 1TB storan.

Beralih ke kamera, realme 10 memiliki sensor utama 50MP JN1 bersama sensor depth 2MP.

Dalam pada itu, realme 10 memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W yang mampu memberikan pengecasan penuh didalam masa 70 minit.

realme 10 akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Rush Black dan Clash White pada harga dari $229 (RM 1,076) hingga $299 (RM 1,406)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.