Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Monitor Gaming Samsung Odyssey OLED G8 dengan resolusi QHD dan kadar segar semula 175Hz kini di Malaysia – RM 5,799

 

Samsung Malaysia Electronics telah memperkenalkan  monitor gaming premium iaitu Samsung Odyssey OLED G8 yang menawarkan kelebihan daya saing dan berorientasikan prestasi yang memenuhi keperluan pemain.

Samsung Odyssey OLED G8 dilancarkan untuk pasaran  global pada IFA 2022 di Berlin, Jerman dan ianya merupakan monitor gaming OLED pertama syarikat dan  ianya tampil dengan rekabentuk ultra-nipis berukuran 34-inci iaitu hanya 3.9mm pada bahagian ternipis.

Selain itu, panel OLED ini digabungkan dengan Teknologi Quantum Dot yang penuh dengan ciri gaming premium seperti masa tindak balas 0.1ms dan kadar segar semula 175Hz.

Seterusnya, Samsung Odyssey OLED G8 memiliki resolusi QHD (3,440 x 1,440) mempunyai nisbah 21:9 dengan gamut warna DCI-99.3% dan ianya turut telah menerima pensijilan VESA DisplayHDR 400 True Black serta AMD FreeSync Premium.

Dalam pada itu, Samsung Odyssey OLED G8 juga memiliki kebolehan untuk menstrim kandungan dari Amazon Prime, Netflix, YouTube dan penyedia OTT (over-the-top) terkemuka yang lain, walaupun tanpa sambungan ke PC atau telefon pintar melalui Samsung Smart Hub.

Samsung Odyssey OLED G8 juga mempunyai sokongan Samsung TV Plus, pelaras ketinggian monitor Height Adjustable Stand (HAS) fungsi ciri tilt dan banyak lagi.

Samsung Odyssey OLED G8 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 7,599 dan setiap pra-tempahan monitor gaming ini pada 10 November hingga 20 November akan menerima Soundbar HW-B450 bernilai RM799.

Samsung Odyssey OLED G8 34″ kini boleh dipratempah di Samsung Online Store, Lazada Samsung Brand Store dan Shopee Samsung Brand Store.

 Maklumat lanjut mengenai Samsung Odyssey OLED G8, kunjungi Samsung Online Store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.