Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Series disahkan hanya akan guna cip Snapdragon sahaja

Samsung dijangka akan melancarkan Galaxy S23 Series pada awal bulan Februari dan laporan terbaru mendakwa kesemua model Samsung Galaxy S23 Series akan menggunakan cipset yang sama diperingkat global.

Ura-ura mengenai Samsung Galaxy S23 Series tampil dengan penggunaan cipset Snapdragon secara eksklusif telah diperkatakan sejak kebelakangan ini namum laporan kewangan terbaru Qualcomm telah memberikan pengesahan rasmi dari syarikat ini.

Pada laporan kewangan suku ke-4, CFO Qualcomm Akash Palkhiwala mengesahkan bahawa Qualcomm akan membekalkan 100% cipset yang diperlukan untuk Samsung Galaxy S23 Series bagi pasaran global iaitu peningkatan dari 75% pada Galaxy S22 Series.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Qualcomm iaitu Cristiano Amon telah mengesahkan perjanjian dengan Samsung yang akan menyaksikan penggunaan cipset Snapdragon pada semua telefon pintar premium Samsung Galaxy dipasaran Global.

Walaubagaimanapun, masih terdapat laporan bahawa yang mengatakan peluang untuk melihat Samsung Galaxy S23 Series yang dijana cip Exynos masih ada.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.