HUAWEI Pocket S kini rasmi dengan cip Snapdragon 778G – harga lebih berpatutan
HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan HUAWEI Pocket S, satu model telefon pintar foldable yang sama seperti HUAWEI P50 Pocket namun pada harga yang lebih berpatutan.
HUAWEI Pocket S hadir dengan skrin paparan utama berukuran 6.9-inci yang merupakan panel OLED 1 bilion warna yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dan nisbah 21:9 (442 ppi). smart Cover Screen berukuran 1.07-inci juga diletakkan dibawah modul kamera.
Selain itu, HUAWEI Pocket S hadir dengan tiga unit kamera pada bahagian belakang iaitu satu sensor utama 40MP True-Chroma , satu sensor ultrawide 13MP, sensor laser pemfokusan auto dan sensor suhu warna. terdapat juga kamera selfie 10.7MP pada skrin utama.
HUAWEI Pocket S hadir dengan pemproses Snapdragon 778G 4G, 8GB RAM dan 128GB/256GB storan dalaman serta HarmonyOS 3.0
Walaupun hadir dengan reka bentuk yang kompak, HUAWEI P50 Pocket juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 40W dan terdapat lapisan grafit boleh lipat untuk penyejukan yang lebih berkesan.
HUAWEI Pocket S akan ditawarkan didalam 5 warna iaitu Mint Green, Gold Yellow, Rose Pink, Ice Crystal Blue, dan Black pada harga dari CNY 5,988 atau sekitar RM 3,891.