Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate 50 Pro dan Mate 50 kini rasmi di Malaysia dengan teknologi kamera XMAGE – dari RM 3,699

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan telefon pintar HUAWEI Mate 50 Series untuk pasaran Malaysia iaitu HUAWEI Mate 50 dan HUAWEI Mate 50 Pro

Kesemua telefon pintar HUAWEI Mate 50 Series ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 bersama HarmonyOS 3.0 namun tiada sokongan 5G disertakan dan storan dalaman adalah sehingga 512GB.

HUAWEI Mate 50 Pro hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.74-inci dengan kadar segar semula 120H dan resolusi 1212 x 2616 piksel. Ianya juga dilapisi gelas keselamatan Kunlun Glass yang didakwa telah menerima pengiktirafan 5 bintang dari SGS ( versi Orange Vegan Leather sahaja).

Beralih kepada kamera, HUAWEI Mate 50 Pro tampil dengan sensor utama 50MP yang memiliki OIS dengan 6 aperture berubah menggunakan bilah dan ianya menawarkan kadar aperture antara f/1.4 hingga f/4.0, satu sensor ultrawide 13MP dengan aperture f/2.2 dan sensor RYYB telefoto 3.5x 64MP yang mempunyai aperture f/3.5 dan OIS.

Pada bahagian selfie, HUAWEI Mate 50 Pro memiliki sensor 13MP bersama sensor 3D ToF untuk ciri face unlock yang lebih selamat.

Ke bahagian bateri pula, HUAWEI Mate 50 Pro tampil dengan bateri berkapasiti 4,700mAh yang menyokong pengecasan 66W dan pengecasan tanpa wayar 50W. HUAWEI Mate 50 Series juga memiliki ciri Low-Battery Emergency Mode yang memberikan 2 jam waktu standby atau 12 minit waktu panggilan pada kadar bateri 1%.

HUAWEI Mate 50 Pro ditawarkan didalam warna Black dan Silver serta warna Orange yang mempunyai  kemasan berasaskan kulit vegan.

HUAWEI Mate 50 Pro akan ditawarkan di Malaysia didalam tiga varian seperti berikut :

HUAWEI Mate 50 Pro 8/512GB – RM 4,499

HUAWEI Mate 50 Pro 8/512GB KunLun Edition – RM 5,299

Dapatkan HUAWEI Mate 50 Pro laman rasm HUAWEI, stor rasmi HUAWEI di Shopee dan Lazada atau di HUAWEI Experience Store yang berdekatan dengan anda.

Aplikasi Google kini boleh digunakan pada telefon pintar HUAWEI – eksklusif untuk pengguna Malaysia

Baca : ULASAN : HUAWEI Mate 50 Pro – Reka Bentuk Klasik dengan Teknologi Pengimejan XMAGE

Bercakap mengenai HUAWEI Mate 50 pula, ianya memiliki skrin paparan 90Hz OLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi yang hampir sama dan 10-bit warna.

Ianya juga memiliki tetapan kamera yang sama seperti Mate 50 Pro iaitu sensor utama 50MP dengan aperture berubah, satu sensor ultrawide 13MP dengan aperture f/2.2 namun sensor telefoto adalah berbeza iaitu sensor 12MP yang menawarkan zoom 5x.

Beralih ke bateri, ianya tampil dengan sel 4,460mAh yang memiliki pengecasan pantas 66W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Akhir sekali, HUAWEI Mate 50 akan ditawarkan didalam varian 8/256GB pada harga RM 3,699

Pra-tempahan HUAWEI Mate 50 Series kini telah dibuka mulai 3 hingga 11 November dan setiap pratempahan akan menerima HUAWEI Watch GT2 Pro, ganjaran eksklusif HUAWEI Mobile Services dan 3 bulan waranti skrin.


 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.