Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Malaysia umum program beta awam realme UI 4.0 kepada pengguna peranti realme yang terpilih

realme Malaysia telah mengumumkan program beta awam realme UI 4.0 yang akan dibuka untuk penyertaan mulai 2 November ini.

realme Malaysia menjemput pemilik telefon pintar realme yang terpilih iaitu GT NEO 3, GT 2 Pro, dan GT NEO 2 mencuba sendiri realme UI 4.0 ini pada peranti mereka.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menyertai program beta realme UI 4.0 :

  • Pengguna perlu mendaftarkan peranti mereka melalui nombor IMEI mereka di Borang Google tersedia di SINI
  • Setelah berjaya mendaftar, peminat akan menerima kemas kini perisian pada peranti mereka dalam masa tujuh (7) hari untuk menguji UI 4.0 BETA.
  • Pengguna boleh berkongsi maklum balas dan cadangan mereka untuk realme UI 4.0 versi BETA di realme Bug Feedback Log.

Selain program beta realme UI 4.0, realme juga akan menganjurkan kempen realme 4.0 UI Widget Co-Creation yang memberikan peluang kepada pengguna membuat rekaan widget yang menarik bermula 15 November sehingga 28 November di laman rasmi realme di SINI

rekaan Widget yang diterima pakai akan berpeluang untuk digunakan pada produk realme yang dikeluarkan dari suku pertama 2023  dan seterusnya.

Pemenang kempen ini akan diumumkan pada 8 Disember 2022, juga akan berpeluang menjadi kumpulan pertama pengguna untuk menguji beta perisian dengan idea mereka dan berpeluang memenangi realme GT NEO 3 dan lencana komuniti realme eksklusif.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.