Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova 10 Series kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 778G dan skrin paparan OLED 120Hz – dari RM 1,499

Selain HUAWEI Mate 50 Series, HUAWEI juga telah memperkenalkan HUAWEI nova 10 Series untuk pasaran Malaysia dan ianya menampilkan tiga model iaitu HUAWEI nova 10, HUAWEI nova 10 Pro dan HUAWEI nova 10 SE.

HUAWEI nova 10 Pro

HUAWEI nova 10 Pro adalah model paling premium didalam keluarga nova 10 Series ini dan ianya tampil dengan skrin paparan OLED 1 bilion warna 120 Hz berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+, pemproses Snapdragon 778G 4G, 8GB RAM dan 256GB storan dalaman serta bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas SuperCharge 100W.

HUAWEI nova 10 Pro juga memiliki sensor utama 50MP, sensor ultrawide macro 8MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah sensor 60MP+ 8MP sensor ultrawide dengan pemfokusan auto.

HUAWEI nova 10 Pro hadir dengan EMUI 12 dan ditawarkan didalam dua warna iaitu Starry Silver dan Starry Black pada harga RM 2,599.

HUAWEI nova 10 

HUAWEI nova 10 tampil dengan skrin paparan OLED 1 bilion warna 120 Hz berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+, pemproses Snapdragon 778G 4G, 8GB RAM dan 256GB storan dalaman serta bateri 4,000mAh dengan pengecasan pantas SuperCharge 66W.

HUAWEI nova 10 juga memiliki sensor utama 50MP, sensor ultrawide macro 8MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah sensor 60MP pada lubang punch-hole ditengah.

HUAWEI nova 10 hadir dengan EMUI 12 dan ditawarkan didalam dua warna iaitu Starry Silver dan Starry Black pada harga RM 2,199

HUAWEI nova 10 SE 

HUAWEI nova 10 SE merupakan model bajet didalam nova 10 Series ini dan ianya juga tampil dengan rekaan yang berbeza daripada nova 10 Pro dan nova 10.

HUAWEI nova 10 SE hadir dengan skrin paparan OLED 1 bilion warna 120 Hz berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+, pemproses Snapdragon 680 , 8GB RAM dan 256GB storan dalaman serta bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas SuperCharge 66W.

HUAWEI nova 10 SE juga memiliki sensor utama 108MP, sensor ultrawide depth 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah sensor 16MP pada lubang punch-hole ditengah.

HUAWEI nova 10 SE hadir dengan EMUI 12 dan ditawarkan didalam dua warna iaitu Mint Green dan Starry Black pada harga RM 1,499

Pra-tempahan

Pra-tempahan HUAWEI nova 10 Series akan dibuka pada 12 November hingga 17 November 202 dengan setiap pembelian nova 10 Pro dan nova 10 akan menerima satu unit HUAWEI WatchFit dan ganjaran eksklusif HMS.

Bagi yang mendapatkan HUAWEI nova 10 SE, anda akan menerima ganjaran eksklusif HMS bernilai RM 100.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.