Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate 50 Pro kini di Malaysia dengan teknologi yang inovatif dan Sokongan Aplikasi Google

HUAWEI Mate 50 Pro kini di Malaysia dengan teknologi yang inovatif dan Sokongan Aplikasi Google 25

HUAWEI Mate 50 Pro kini di Malaysia dengan teknologi yang inovatif dan Sokongan Aplikasi Google 

Selepas  2 tahun tidak menyerikan arena telefon pintar tempatan, HUAWEI Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar HUAWEI Mate 50 Series yang tampil dengan beberapa teknologi inovatif terbaru didalam industri.

Paling mencuri tumpuan adalah HUAWEI Mate 50 Pro yang menonjol sebagai peranti paling premium didalam keluarga HUAWEI Mate 50 Series ini.

Mari kita lihat apakah kemampuan yang dimiliki oleh HUAWEI Mate 50 Pro ini.

HUAWEI Mate 50 Pro kini di Malaysia dengan teknologi yang inovatif dan Sokongan Aplikasi Google 26

Sistem Kamera XMAGE yang julung kali digunakan

HUAWEI Mate 50 Pro merupakan telefon pintar pertama HUAWEI yang dilengkapi teknologi pengimejan tersendiri syarikat ini iaitu XMAGE.

HUAWEI Mate 50 Pro kini di Malaysia dengan teknologi yang inovatif dan Sokongan Aplikasi Google 27
_cuva

HUAWEI Mate 50 Pro kini di Malaysia dengan teknologi yang inovatif dan Sokongan Aplikasi Google 28

Lebih membanggakan, HUAWEI Mate 50 Pro juga menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk memiliki kamera dengan apertur fizikal boleh laras 10-saiz.

Selain itu, sensor utama HUAWEI Mate 50 Pro juga memiliki apertur f/1.4 yang berkerjasama dengan enjin pemprosesan imej XD Fusion Pro yang memberikan anda kualiti gambar yang terbaik pada semua keadaan cahaya.

HUAWEI Mate50 Pro turut mendapat tempat pertama dalam ranking Kamera Telefon Pintar DXOMark. 

HUAWEI Mate 50 Pro kini di Malaysia dengan teknologi yang inovatif dan Sokongan Aplikasi Google 29

Gelas Keselamatan KunLun dan rekaan tahan lasak

HUAWEI Mate 50 Pro versi Orange Vegan Leather juga tampil dengan gelas keselamatan KunLun yang diperbuat daripada 10 kuadrilion peringkat nanokristal, yang menjadikannya lebih kukuh dan tahan jatuhan.

Dalam pada itu, KunLun Glass juga pada HUAWEI Mate Pro versi Orange Vegan juga membolehkannya diiktiraf sebagai peranti pertama dengan kaca tahan jatuhan yang menerima pensijilan 5 bintang daripada SGS Switzerland.

HUAWEI Mate 50 Pro kini di Malaysia dengan teknologi yang inovatif dan Sokongan Aplikasi Google 30

Satu lagi kelebihan yang dimiliki HUAWEI Mate 50 Pro Orange Vegan Leather adalah ianya mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68 namun dengan kebolehan kalis yang dipertingkatkan iaitu sedalam 6 meter.

HUAWEI Mate 50 Pro kini di Malaysia dengan teknologi yang inovatif dan Sokongan Aplikasi Google 31

Teknologi Bateri 

HUAWEI Mate 50 Pro dilengkapi bateri berkapasiti 4,700mAh yang lebih besar berbanding pada generasi sebelum ini namun telefon pintar adalah lebih ringan kerana kemajuan teknologi bateri HUAWEI.

Satu lagi ciri inovatif yang dimiliki HUAWEI Mate 50 Pro adalah Emergency Mode yang akan teraktif apabila bateri berada pada tahap 1%.

SuperEnergy Boosting membolehkan HUAWEI Mate 50 Series menawarkan 2 jam tambahan waktu standby atau 12 minit waktu panggilan pada kadar bateri 1% yang pasti berguna pada saat kecemasan.

 

HUAWEI Mate 50 Pro kini di Malaysia dengan teknologi yang inovatif dan Sokongan Aplikasi Google 32EMUI 13 dan teknologi SuperStorage

HUAWEI Mate 50 Pro menjadi peranti pertama HUAWEI untuk menggunakan EMUI13 untuk yang pengguna pengalaman Super Device dengan reka bentuk estetik dan menyeluruh.

Di samping itu, EMUI13 akan membantu mengosongkan ruang storan sehingga 20GB dengan teknologi SuperStorage  yang berfungsi menyusun fail pendua, memampatkan aplikasi yang kurang digunakan, dan membuang muat turun yang tidak diperlukan, memberikan lebih banyak storan untuk perkara yang anda suka. 

Seterusnya, EMUI 13 ini dilengkapi dengan ciri-ciri baru untuk pengalaman yang lebih mesra pengguna seperti ciri SuperHub yang membolehkan pengguna menyimpan imej, dokumen dan teks buat sementara waktu, dan dihantar sebagai  satu kelompok, dengan pemindahan yang mudah antara aplikasi.

HUAWEI Mate 50 Pro kini di Malaysia dengan teknologi yang inovatif dan Sokongan Aplikasi Google 33

HUAWEI AppGallery – Perlindungan Privasi dan Keselamatan Terbaik 

HUAWEI AppGallery merupakan stor aplikasi ketiga terbesar didunia dengan lebih 730 juta pengguna aktif setiap bulan dan pertumbuhan stor aplikasi ini diperingkat global juga adalah tinggi iaitu pada kadar 57%.

HUAWEI AppGallery kini menampilkan pelbagai aplikasi popular tempatan termasuk aplikasi perbankan tempatan seperti Maybank MAE, Cimb Clicks dan banyak lagi.

HUAWEI AppGallery dilindungi sistem keselamatan yang menjamin maklumat peribadi pengguna melalui 4 langkah saringan seperti berikut : 

  1. Pengesahan nama sebenar pembangun aplikasi
  2. Empat langkah pemeriksaan keselamatan
  3. Keselamatan muaturun
  4. Mekanisme pertahanan operasi

Bagi pengguna yang mempunyai kebimbangan tentang keselamatan dan privasi apabila menggunakan AppGallery, HUAWEI AppGallery menjamin keselamatan pengguna bermula dari saat anda melancarkan aplikasi.

Berikut adalah cara mengimbas ciri keselamatan:

Pergi ke AppGallery > Saya > Pemeriksaan Keselamatan > Imbas

HUAWEI Mate 50 Pro kini di Malaysia dengan teknologi yang inovatif dan Sokongan Aplikasi Google 34

Ini membolehkan anda melakukan imbasan virus, pengesanan penipuan, perlindungan privasi, semakan spam dan petua keselamatan.

HUAWEI Mate 50 Pro kini di Malaysia dengan teknologi yang inovatif dan Sokongan Aplikasi Google 35

HUAWEI kini dengan Aplikasi Google

Sejak beberapa tahun belakangan ini, kebanyakkan pengguna HUAWEI bimbang dengan ketiadaan Google Mobile Service pada telefon pintar keluaran HUAWEI dan bagaimana untuk mendapatkan akses kepada aplikasi berkaitan daripada Google seperti Google Maps, Google Meet, Google Drive YouTube.

Berita baik kepada peminat HUAWEI di Malaysia, kesemua aplikasi Google kini boleh digunakan pada telefon pintar HUAWEI yang termasuk HUAWEI Mate 50 Pro.

HUAWEI Mate 50 Pro kini di Malaysia dengan teknologi yang inovatif dan Sokongan Aplikasi Google 36

Langkah-langkah untuk menggunakan Aplikasi Google pada telefon pintar HUAWEI

  • Pada Huawei AppGallery, cari aplikasi ‘Lighthouse
  • Install Aplikasi Lighthouse
  • Pergi ke Tetapan > Aplikasi > Lighthouse > Butang Tetapan (sudut kanan atas) > Tambah akaun > Log masuk ke akaun Google
  • Pergi ke AppGallery, cari mana-mana aplikasi Google yang anda mahu muatnaik
  • aplikasi Google akan dilog masuk secara automatik dengan akaun anda

Selain HUAWEI Mate 50 Series, akaun Google juga boleh digunakan pada semua model HUAWEI seperti yang tersenarai dibawah :

HUAWEI Mate50 Series

HUAWEI Nova10 series

HUAWEI Nova Y90

HUAWEI Y70

HUAWEI Nova 9

HUAWEI 9SE

HUAWEI P50

HUAWEI P50 Pro

HUAWEI P50 Pocket

HUAWEI Mate Xs 2

HUAWEI nova 8i

HUAWEI Matepad 10.4

HUAWEI Matepad Pro11

HUAWEI MatePad T10

HUAWEI Matepad SE

HUAWEI Matepad Pro 12.6

Bagi yang masih ragu-ragu samada aplikasi Google boleh digunakan pada telefon pintar HUAWEI, cara-cara di atas mungkin telah menjawab persoalan anda.

Dengan akses kepada aplikasi Google, ini dilihat sebagai waktu terbaik untuk anda kembali menggunakan peranti HUAWEI sebagai telefon pintar utama anda dan Mate 50 Series 

Pra-tempah HUAWEI Mate 50 Series sekarang!

HUAWEI Mate 50 Pro kini di Malaysia dengan teknologi yang inovatif dan Sokongan Aplikasi Google 37

HUAWEI Mate 50 Series kini ditawarkan di Malaysia pada harga seperti berikut :

HUAWEI Mate 50 – RM 3,699

HUAWEI Mate 50 Pro – RM 4,499

HUAWEI Mate 50 Pro (Orange Vegan Leather) – RM 5,299

Pra-tempahan HUAWEI Mate 50 Series kini telah dibuka mulai 3 hingga 11 November dan setiap pratempahan akan menerima HUAWEI Watch GT2 Pro, ganjaran eksklusif HUAWEI Mobile Services dan 3 bulan waranti skrin.

Dapatkan HUAWEI Mate 50 Pro laman rasm HUAWEI, stor rasmi HUAWEI di Shopee dan Lazada atau di HUAWEI Experience Store yang berdekatan dengan anda.








Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.