Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony telah berjaya menjual 25 juta unit konsol PlayStation 5 setakat ini

Sony telah berjaya menjual 25 juta unit konsol PlayStation 5 setakat ini 3

Sony Group Corporation telah mengeluarkan laporan pendapatan bagi suku fiskal yang berakhir pada 30 September dan syarikat ini telah mendedahkan bahawa sebanyak 3.3 juta unit konsol PlayStation telah terjual pada bulan Julai hingga September. Ini bermaksud Sony telah berjaya menjual 25 juta unit PlayStation 5 setakat ini.

Sony meramalkan untuk menjual 18 juta unit PlayStation 5 sepanjang tahun 2022 iaitu 56% peningkatan berbanding 11.5 juta unit PlayStation 5 pada tahun 2021.

Selain itu, Sony juga melaporkan terdapat 45.4 juta pelanggan PlayStation Plus pada suku kedua iaitu 1.9 juta lebih rendah berbanding suku yang sama tahun lalu.

Dalam pada itu, pendapatan Sony juga telah menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak JPY 727 bilion dan ini dibantu dengan kenaikan harga konsol pada bulan Ogos namun keuntungan jatuh 49% berbanding tahun lalu kerana pengambilalihan studio Bungie Game dan peningkatan kos pembangunan permainan video.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.