Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S22 Series kini boleh mengambil gambar Astrophoto dan Multiple Exposure

Samsung Galaxy S22 Series kini boleh mengambil gambar Astrophoto dan Multiple Exposure 1

Samsung Galaxy S22 Series kini boleh mengambil gambar Astrophoto dan Multiple Exposure 2

Samsung Galaxy S22 Series yang dilancarkan pada awal tahun ini telah membawa teknologi kamera terbaik pada telefon pintar Samsung Galaxy Series.

Kini, Samsung telah mula menawarkan beberapa ciri fotografi baharu yang pasti akan membantu pemilik Samsung Galaxy S22 Series mengambil gambar dengan lebih baik melalui aplikasi Expert RAW dan aplikasi baharu yang dikenali sebagai Camera Assistant.

Astrophoto

Samsung Galaxy S22 Series kini menyokong pengambilan gambar mod Astrophoto melalui aplikasi kamera Expert RAW.

Anda hanya perlu mengkatifkan Sky Guide  untuk menentukan lokasi buruj, sistem suria, kumpulan bintang dan nebula.

Kamera Galaxy S22 Series akan menggunakan teknologi  AI Segmentation dan pemprosesan berbilang bingkai berdasarkan pergerakan angkasa untuk merakam foto dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Hasilnya, anda akan menangkap gambar Astrophoto yang menakjubkan yang kelihatan seperti diambil dengan peralatan profesional gred tinggi.

Samsung Galaxy S22 Series kini boleh mengambil gambar Astrophoto dan Multiple Exposure 3

Mod Multiple Exposure

Jika anda suka menterjemahkan sifar artistik anda, anda boleh memanfaatkan ciri Multiple Exposure untuk menangkap beberapa imej sekaligus dan kemudian menggunakan mod Overlay untuk menggabungkannya menjadi satu gambar yang menonjol.

Anda juga boleh menunjukkan kreativiti anda dan bereksperimen dengan menindih beberapa imej di atas satu sama lain untuk mencipta tangkapan abstrak yang luar biasa.

Untuk mengakses versi beta mod Astrophoto dan Multiple Exposure , pergi ke pilihan Special Photo dalam menu Expert RAW .

Samsung Galaxy S22 Series kini boleh mengambil gambar Astrophoto dan Multiple Exposure 4

Selain itu, aplikasi Camera Assistant memberi anda pilihan untuk menghidupkan atau mematikan ciri tertentu, termasuk Auto lens switching, Auto HDR dan  shutter yang lebih pantas.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.