Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad SE 10.4 akan dilancarkan di Malaysia pada 3 November

Majlis pelancaran HUAWEI Mate 50 Series di Malaysia akan berlangsung pada 3 November ini dan ianya dilihat akan turut disertai oleh beberapa lagi produk terbaru HUAWEI.

Selain HUAWEI Mate 50 Series, kami juga telah melaporkan bahawa HUAWEI nova 10 Series akan turut ke pasaran Malaysia pada 3 November ini dan terbaru, tablet HUAWEI MatePad SE 10.4 juga akan dilancarkan untuk pasaran tempatan esok.

HUAWEI MatePad SE 10.4 akan hadir dengan skrin paparan IPS LCD 2K Eye Comfort HUAWEI FullView  berukuran 10.4-inci dan dijana cip Snadragon 680 bersama 4GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Selain itu, tablet ini juga akan tampil kamera utama 5MP, kamera hadapan 2MP dan bateri 5,100mAh namun tanpa sebarang sokongan pengecasan pantas.

Selain itu, tablet ini dijangka akan beroperasi pada HarmonyOS 3 yang berasaskan Android 12, pembesar suara stereo dengan Histen Sound 8.0, ciri SuperDevice dan Kids Corner.

HUAWEI MatePad SE 10.4 akan ditawarkan didalam warna Graphite Black sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.