Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate 50 Pro terima 149 mata bagi ujian kamera DxOMark – terbaik setakat ini

HUAWEI mate 50 Series yang bakal dilancarkan di Malaysia pada 3 November ini adalah telefon pintar pertama HUAWEI untuk hadir dengan teknologi prngimejan XMAGE.

Model premium didalam Mate 50 Series iaitu HUAWEI Mate 50 Pro telah melalui ujian penilaian kamera oleh DxOMark dan ianya telah memperoleh 149 mata yang meletakkanya sebagai peranti dengan sistem kamera terbaik pernah diuji oleh DxOMark.

Ini membolehkan HUAWEI Mate 50 Pro mengatasi Google Pixel 7 Pro dan HONOR Magic4 Ultimate yang masing-masing telah memperoleh 147 mata diikuti iPhone 14 Pro Max yang memperoleh 146 mata.

Selain itu, HUAWEI Mate 50 Pro telah memperoleh mata tertinggi bagi gambar dan bokeh iaitu 150 mata dan 80 mata manakala bagi video ianya telah memperoleh  141 mata .

Dalam pada itu, HUAWEI Mate 50 Pro juga dilihat mampu memberikan hasil gambar low light yang terbaik.

Baca ulasan kamera Mate 50 Pro oleh DxOMark di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.