Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova Y61 dengan sensor 50MP dan bateri 5,000mAh kini rasmi

HUAWEI nova Y61 telah diumumkan secara rasmi dan ianya kini disenaraikan di laman rasmi global syarikat ini.

HUAWEI nova Y61 adalah sebuah telefon pintar bajet yang memiliki skrin paparan 6.52-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 60Hz.

Selain itu, HUAWEI nova Y61 juga dijana cip octa-core yang tidak didedahkan, 4 atau 6GB RAM dan storan dalaman 64GB.

Ke bahagian kamera, HUAWEI nova Y61 memiliki sensor utama 50MP f/1.8, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. kamera selfie adalah 5MP.

Selain itu, nova Y61 juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 22.5W, EMUI 12 dan menyokong rangkaian LTE sahaja.

Huawei nova Y61 akan ditawarkan didalam warna Sapphire Blue, Mint Green dan Midnight Black. harga jualan masih belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.