Xiaomi Redmi Note 12 Series kini rasmi dengan skrin OLED 120Hz dan sensor 200MP
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Redmi Note 12 Series yang menampilkan 4 model iaitu Redmi 12, Redmi 12 Pro, Redmi 12 Pro+ dan Redmi Note 12 Explorer Edition.
Kesemua model Xiaomi Redmi 12 Pro dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1080 manakala Xiaomi Redmi 12 pula dijana cip Snapdragon 4 Gen 1.
Redmi Note 12 Pro dan Redmi Note 12 Pro+
Xiaomi Redmi Note 12 Pro dan Redmi Note 12 Pro+ tampil dengan skrin paparan OLED 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.
Cip MediaTek Dimensity 1080 pada kedua model ini dipadankan dengan kapasiti RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.
Beralih kepada bahagian kamera, Redmi Note 12 Pro+ memiliki sensor utama ISCOELL HPX 200MP yang merupakan sensor 1/1.4-inci dengan 16-to-1 pixel binning dan pemfokusan QPD manakala Redmi Note 12 memiliki sensor utama 50MP IMX766 yang mempunyai OIS.
Dalam pada itu, Redmi Note 12 Pro dan Note 12 Pro+ juga memiliki sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP.
Selain itu, Redmi Note 12 Pro dan Redmi Note 12 Pro+ juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 67W dan 120W, MIUI 13 dengan Android 12 dan tidak lupa bicu audio 3.5mm.
Redmi Note 12 Pro+ ditawarkan didalam warna white, black, blue dan Yibo Edition pada harga dari CNY 2,199 (RM 1,433) manakala Redmi Note 12 Pro ditawarkan didalam warna white, black, blue dan pink gradient pada harga dari CNY 1,699 (RM 1,107).
Redmi Note 12
Redmi Note 12 juga tampil dengan skrin paparan OLED 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.
Ianya juga berkongi kapasiti bateri yang sama iaitu 5,000mAh dengan pengecasan 33W.
Cip Snapdragon 4 Gen 1 pada telefon pintar ini dipadankan dengan 8GB RAM dan storan 256GB.
Selain itu, Redmi Note 12 juga memiliki sensor utama 48MP bersama sensor depth 2MP. kamera selfie adalah 8MP.
Redmi Note 12 ditawarkan didalam warna black, white dan blue pada harga dari CNY 1,199 (RM 781).