Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Note 12 Explorer Edition dengan pengecasan 210W kini rasmi

Redmi Note 12 Explorer Edition dengan pengecasan 210W kini rasmi 5

Selain tiga model Redmi Note 12 Series, Xiaomi juga telah memperkenalkan Redmi Note 12 Explorer Edition yang membawakan pengecasan pantas 210W.

Redmi Note 12 Explorer Edition ini tampil dengan spesifikasi yang sama seperti Redmi Note 12 Pro+ namun kapasiti bateri adalah 4,300mAh kerana ianya harus mengikuti piawaian yang lebih ketat.

Xiaomi Redmi Note 12 Series kini rasmi dengan skrin OLED 120Hz dan sensor 200MP

Dengan teknologi pengecasan ini, Xiaomi Redmi Note 12 Pro Explorer Edition mampu mencapai pengecasan penuh didalam masa 9 minit sahaja

Redmi Note 12 Explorer Edition dengan pengecasan 210W kini rasmi 6

Selain itu, Xiaomi juga mendakwa pengecasan pantas ini boleh digunakan pada kadar 210W walaupun dinegara yang mempunyai grid elektrik 110V. kadar 210W ini hanya boleh dicapai dengan penggunaan kabel yang mempunyai cip E-mark.

Redmi Note 12 Pro Explorer Edition akan ditawarkan  pada harga CNY 2,399 (RM 1,564)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.