Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lebih 1,000 unit HUAWEI Mate 50 Series telah dipra-tempah dalam masa 3 hari

HUAWEI Mate 50 Series telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa terdekat dan sambutan bagi pra-tempahan telefon pintar ini adalah cukup menggalakkan.

HUAWEI Malaysia telah mengumumkan lebih dari 1,000 unit telefon pintar HUAWEI Mate 50 Series telah di pra-tempah didalam masa 3 hari sahaja.

HUAWEI Mate 50 Series boleh dikatakan sebagai antara telefon pintar terbaik syarikat ini sejak sekian lama dan ianya juga menampilkan teknologi fotografi XMAGE dan gelas keselamatan Kunlun yang terbukti sangat tahan lasak.

Bagi yang berminat untuk membuat pra-tempahan HUAWEI Mate 50 Series, tempahan masih dibuka iaitu sehingga 2 November ini.

Bagi yang membuat pra-tempahan, anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik (jumlah terkumpul yang bernilai sehingga RM15,000) termasuk HUAWEI Mate50.

Tunggu apa lagi, pra-tempah HUAWEI Mate 50 Series anda dengan hanya memilih warna dan varian kegemaran anda melalui Laman Web Rasmi HUAWEI dan pastikan anda layari Laman Web Rasmi HUAWEI  dan laman Facebook Rasmi HUAWEI untuk pengumuman pemenang harian yang akan dibuat bermula hari ini sehingga 3 November 2022.

Pastikan anda membaca ULASAN : HUAWEI Mate 50 Pro – Reka Bentuk Klasik dengan Teknologi Pengimejan XMAGE

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.