Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 12 Series akan dilancar pada 27 Oktober – sensor 200MP pada Note 12 Pro+

Xiaomi telah mengesahkan bahawa Redmi Note 12 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 27 Oktober ini dan ianya akan dilancarkan dipasaran China terlebih dahulu.

Redmi Note 12 Series juga akan menampilkan penggunaan cipset terbaru daripada MediaTek iaitu Dimensity 1080 dan terdapat tiga model yang akan dilancarkan iaitu Note 12, Note 12 Pro dan Note 12 Pro+.

Dalam pada itu, Xiaomi Redmi Note 12 Series juga akan tampil dengan pengecasan pantas yang berbeza pada ketiga-tiga model didaman Redmi Note 12 akan tampil dengan pengecasan 67W, pengecasan 120W pada Redmi Note 13 Pro dan Pengecasan 210W pada Redmi Note 12 Pro+.

Dalam pada itu, Redmi Note 12 Pro+ juga akan tampil dengan sensor 200MP dan skrin paparan curved AMOLED.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.