Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN: realme GT Neo 3T – Nikmati prestasi flagship dengan cip Snapdragon 870

ULASAN: realme GT Neo 3T - Nikmati prestasi flagship dengan cip Snapdragon 870 1

ULASAN: realme GT Neo 3T - Nikmati prestasi flagship dengan cip Snapdragon 870 2

Pengenalan

realme GT Neo Series adalah satu barisan telefon pintar yang menawarkan lebih nilai belian berbanding realme GT Series.

realme GT Neo 3T adalah model terbaru didalam GT Neo Series dan telefon pintar ini membawakan lebih banyak spesifikasi setaraf flagship pada harga yang lebih mesra poket.

realme GT Neo 3T telah memasuki pasaran Malaysia sejak beberapa bulan dan permintaan bagi telefon pintar ini juga dilihat kukuh.

Berikut adalah ulasan realme GT Neo 3T yang ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,799.

ULASAN: realme GT Neo 3T - Nikmati prestasi flagship dengan cip Snapdragon 870 3

Reka Bentuk

realme GT Neo 3T tampil didalam rekaan yang sangat sinonim dengan telefon pintar keluaran realme dimana ianya tampil dengan kombinasi panel belakang dan rangka yang diperbuat daripada plastik dengan panel skrin yang dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Panel belakang telefon pintar ini adalah melengkung pada sisi dan ianya sedikit sebanyak memberikan lebih cengkaman ketika memegang telefon pintar ini.

Unit ulasan kami adalah didalam kemasan Shade Black yang merupakan warna biasa dan agak kurang menarik perhatian berbanding warna Dash Yellow dan Drifting White.

Tambahan lagi, panel belakang juga menempatkan modul kamera yang terdiri daripada dua sensor besar iaitu sensor utama 64MP dan sensor ultrawide 8MP serta satu sensor makro 2MP yang diletakkan diantara dua lampu flash LED.

Pada bahagian sisi kanan, realme GT Neo 3T memiliki butang kuasa manakala pada sisi kiri terdapat butang kelantangan bunyi. Pada bahagian bawah terdapat slot USB-C, gril pembesar suara dan slot SIM.

Akhir sekali, realme GT Neo 3T mempunyai berat 195 gram yang agak berat bagi peranti yang mempunyai rangka dan panel belakang plastik.

ULASAN: realme GT Neo 3T - Nikmati prestasi flagship dengan cip Snapdragon 870 4

Skrin Paparan

realme GT Neo 3T tampil dengan skrin paparan Samsung E4 AMOLED berukuran 6.62-inci dengan kadar segar semula 120Hz pada resolusi FHD+. Panel ini menawarkan 100% liputan gamut warna DCI-P3, sokongan HDR10+ dan kadar kecerahan maksima 1,300 nits.

Panel skrin realme GT Neo 3T mampu memberikan pengguna pengalaman skrin setaraf kelas flagship dan kecerahan yang tinggi juga membolehkan bacaan dikawasan terbuka dan tontonan multimedia juga boleh dilakukan tanpa sebarang masalah.

Selain itu, penghasilan warna pada panel E4 ini adalah lebih tepat berbanding generasi telefon pintar realme sebelum ini.

ULASAN: realme GT Neo 3T - Nikmati prestasi flagship dengan cip Snapdragon 870 5

Pemproses

realme GT Neo 3T tampil dengan cip pemprosesan Snapdragon 870 yang diperbuat daripada proses 7nm dan mula memasuki pasaran pada awal tahun 2021.

Walupun bukan cipset terkini, Snapdragon 870 terbukti sebagai sebuah cipset yang berkemampuan tinggi dan ianya juga disertakan bersama GPU Adreno 650 yang turut mampu memberikan prestasi grafik yang baik.

Selain itu, realme GT Neo 3T juga disertakan dengan 8GB RAM jenis LPDDR4X dan storan dalaman 128GB atau 256GB jenis UFS 3.1

Dari segi antaramuka pula, realme GT Neo 3T tampil dengan realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12 dan ekosistem realme UI 3.0 adalah amat mudah untuk digunakan dan ianya sudah pastinya biasa bagi peminat realme.

Dalam pada itu, kebanyakkan ciri penting Android 12 juga diwarisi realme GT Neo 3T melalui realme UI 3.0 dan ianya pasti memberikan pengguna telefon pintar ini tahap privasi yang lebih baik.

ULASAN: realme GT Neo 3T - Nikmati prestasi flagship dengan cip Snapdragon 870 6

Kamera

Sebagai sebuah telefon pintar kelas midrange, realme GT Neo 3T menampilkan tetapan kamera yang sudah sinonim dengan peranti pada kategori harga ini.

realme GT Neo 3T tampil dengan sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Sensor utama realme GT Neo 3T ternyata mampu mengambil gambar yang berkualiti tinggi pada persekitaran cerah dengan warna yang semulajadi tanpa terlalu pekat.

Dalam pada itu, sensor ultrawide 8MP pada telefon pintar ini mampu memberikan anda tahap kualiti yang lebih kurang sama dengan peranti midrange lain dipasafa  . Namun, jika dibandingkan dengan sensor utama, anda boleh melihat penurunan yang ketara dari segi ketajaman, perincian, julat dinamik dan tahap kekaburan yang ketara, walaupun di kawasan yang terang.

Seterusnya adalah, kamera selfie realme GT Neo 3T ini, ianya juga mampu memberikan pengguna hasil selfie yang memuaskan sesuai untuk digunakan pada platform sosial media seperti Instagram.

ULASAN: realme GT Neo 3T - Nikmati prestasi flagship dengan cip Snapdragon 870 11

Bateri

realme GT Neo 3T memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang dilihat mampu menawarkan jangka penggunaan mencukupi untuk melalui satu hari penuh aktiviti anda.

Selain itu, cip Snapdragon 870 yang digunakan pada telefon pintar realme ini juga adalah amat cekap tenaga.

realme GT Neo 3T juga memiliki sokongan pengecasan pantas 80W SuperDart Charge yang mampu menawarkan pengecasan penuh didalam masa sekitar 40 minit sahaja (0-50% didalam masa 12 minit).

ULASAN: realme GT Neo 3T - Nikmati prestasi flagship dengan cip Snapdragon 870 12

Penutup

realme GT Neo 3T mungkin bukan sebuah telefon pintar terbaik dipasaran namun ianya memberikan anda beberapa spesifikasi yang menawarkan pengguna pengalaman peranti flagship pada harga yang lebih kompetitif.

realme GT Neo 3T kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,799 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.