Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Canalys laporkan pasaran telefon pintar global catat penurunan sebanyak 9% pada suku ke-3 2022

Laporan terbaru daripada Canalys mengenai prestasi pasaran telefon pintar global telah menunjukkan penurunan sebanyak 9% pada suku ketiga tahun ini.

Samsung masih kekal mendahului pasaran telefon pintar global dengan 22% pegangan pasaran diikuti oleh Apple yang mempunyai 18% pegangan pasaran dan merupakan satu-satunya syarikat yang mencatatkan pertumbuhan positif pada suku ketiga ini.

Dalam pada itu, Xiaomi berada di kedudukan ketiga pasaran telefon pintar global dengan 14% diikuti OPPO dengan 10% dan vivo mengekori rapat dengan 9% pegangan pasaran.

Akhir sekali, Canalys meramalkan bahawa permintaan bagi telefon pintar pada suku ke-4 2022 dijangka akan terus mencatatkan penurunan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.