Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPad Pro 2022 kini rasmi dengan cip M2 dan sokongan rakaman video ProRes – harga dari RM 3,899

Apple secara rasminya telah memperkenalkan generasi baharu Apple iPad Pro yang hadir dengan cip pemprosesan Apple M2 yang menawarkan  35% peningkatan prestasi GPU berbanding cip M1 dan iPadOS 16 yang menyokong ciri hover bersama Apple Pencil generasi ke-2.

Apple iPad Pro masih ditawarkan didalam dua saiz iaitu 11-inci dan 12.9-inci dimana varian yang lebih besar hadir dengan panel skrin mini-LED yang dikenali dengan nama Liquid Retina XDR dan ianya menawarkan kadar kecerahan maksima 1,600nits dan menyokong format imej HDR10, Dolby Vision dan HLG.

Kedua-dua iPad Pro ini juga mempunyai kadar segar semula 120Hz atau ProMotion namun iPad Pro 11” hanya tampil dengan panel LCD sahaja.

Selain itu, kamera hadapan kedua iPad Pro ini menampilkan satu sensor TrueDepth 12MP dan sensor ultrawide 122° dengan teknologi Centre Stage yang memastikan anda sentiasa di tengah bingkai secara automatik ketika panggilan video.

Apple iPad Air kini menyokong rangkaian Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3 dan 5G.

Pada bahagian belakang pula, iPad Pro ini tampil dengan sensor utama 12MP,  sensor ultrawide 10MP dan sensor LiDAR. iPad Pro kini boleh merekod rakaman video ProRes manakala gambar kini menyokong Smart HDR 4.

Berikut adalah harga iPad Pro di Malaysia :

iPad Pro 11-inci 128GB WiFi – RM 3,899

iPad Pro 11-inci 256GB WiFi – RM 4,399

iPad Pro 11-inci 512GB WiFi – RM 5,399

iPad Pro 11-inci 1TB WiFi – RM 7,399

iPad Pro 11-inci 2TB WiFi – RM 8,399

iPad Pro 12.9-inci 128GB WiFi – RM 5,399

iPad Pro 12.9-inci 256GB WiFi – RM 5,899

iPad Pro 12.9-inci 512GB WiFi – RM 6,899

iPad Pro 12.9-inci 1TB WiFi – RM 8,899

iPad Pro 12.9-inci 2TB WiFi – RM 10,899

*untuk versi 5G tambahan RM 750 dari harga versi WiFi

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.