Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPad Gen-10 kini rasmi dengan Apple 14 Bionic – harga dari RM 2,099

Apple secara rasminya telah melancarkan generasi terbaru Apple iPad yang memasuki generasi ke-10.

Apple iPad Gen-10 ini mempunyai rekaan yang sama seperti iPad Air dengan sisi yang rata dan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Silver, Blue, Pink dan Yellow.

Apple iPad ini hadir dengan cip Apple A14 Bionic dan tablet ini juga memiliki kamera hadapan ultrawide 12MP dengan Centre Stage dan lebih sesuai untuk mod landskap.

Apple iPad Gen-10 juga memiliki skrin paparan Liquid Retina berukuran 10.9-inci dengan True Tone dan kecerahan maksima 500nits.

Selain itu, Apple iPad Gen-10 juga mempunyai pembesar suara stereo pada mod landskap, TouchID pada butang kuasa, port USB-C yang dua kali lebih pantas berbanding generasi sebelum ini dan kamera 12MP pada bahagian belakang.

Akhir sekali, Apple iPad Gen-10 akan hadir dengan iPadOS 16 , sokongan Apple Pencil gen-1 dan ditawarkan didalam versi Wi-Fi dan Wi-Fi 5G (Wi-Fi 6)

Harga Apple iPad Gen-10 di Malaysia adalah seperti berikut :

Apple iPad Gen-10 64GB Wi-Fi – RM 2,099

Apple iPad Gen-10 64GB Wi-Fi + 5G – RM 2,849

Apple iPad Gen-10 256GB Wi-Fi – RM 2,849

Apple iPad Gen-10 256GB Wi-Fi + 5G – RM 3,599

Buat masa ini tarikh penawaran Apple iPad Gen-10 di Malaysia masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.