Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X40 GT dengan cip Snapdragon 888 akan dilancar pada 13 Oktober ini

Honor X40 GT telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada 13 Oktober ini dan ianya akan dikuasakan dengan cip Smapdragon 888.

Honor X40 GT merupakan model ketiga didalam siri Honor X40 Series dan ianya dilihat memfokuskan kepada penawaran ganing yang terbaik.

Selain cip Snapdragon 888, Honor X40 GT juga akan mempunyai skrin paparan 120Hz, sistem penyejukan dengan 13 lapisan berbeza dan ruang wap berukuran 4,000mm persegi.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat mengenai status penawaran antarabangsa Honor X40 GT ini.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.