Xiaomi 12T dengan cip Dimensity 8100 – Ultra dan sensor 108MP kini di Malaysia – harga RM 1,999
Selain Xiaomi 12T Pro , Xiaomi turut telah memperkenalkan Xiaomi 12T yang akan ditawarkan di Malaysia pada harga yang lebih berpatutan .
Xiaomi 12T juga tampil dengan skrin paparan flat AMOLED berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz ( menyokong kadar penyegaran bingkai n 30, 60, 90 dan 120Hz), kecerahan maksima 900nits dan dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.
Selain itu, Xiaomi 12T hadir dengan cip Dimensity 8100- ultra, 8GB RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 256GB jenis UFS 3.1 serta antaramuka MIUI 13 dengan Android 12.
Xiaomi 12T tampil dengan sensor 108Mp HM6 dengan OIS dan aperture f/1.7, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2Mp. Kamera selfie adalah 20MP.
Beralih kepada bateri, Xiaomi 12T juga dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W yang mampu menawarkan kapasiti penuh didalam masa 19 minit sahaja.
Lain-lain spesifikasi Xiaomi 12T adalah pembesar suara stereo Harmon Kardon dengan Dolby Atmos, WiFi 6(ax), Bluetooth 5.2 dan NFC.
Xiaomi 12T akan mula ditawarkan bermula 13 Oktober ini namun pra-tempahan di Malaysia akan dibuka mulai 4 Oktober pada harga RM 1,999 bagi versi 8/256GB.
Pra-tempahan Xiaomi 12T di Lazada dan Shopee serta stor fizikal akan menerima Redmi Buds 3 Pro bernilai RM 239 secara percuma.
Xiaomi 12T akan turut menerima 2 tahun waranti dan satu kalian gantian skrin percuma didalam masa 6 bulan pertama.