Xiaomi Redmi Pad kini rasmi dengan skrin 2K dan cip MediaTek Helio G99 – harga dari RM 713
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan tablet Xiaomi Redmi Pad dan ianya merupakan tablet pertama Xiaomi dibawah jenama Redmi.
Xiaomi Redmi Pad hadir dengan skrin paparan LCD 1 bilion warna berukuran 10.6-inci dengan resolusi 2K (1200×2000 piksel) dan kadar segar semula 90Hz bersama-sama 4 pembesar suara Dolby Atmos.
Selain itu, Xiaomi Redmi Pad juga dikuasakan dengan cip 6nm Helio G99 bersama-sama tiga konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 3/64GB, 4/64GB dan 6/128GB.
Seterusnya, Xiaomi Redmi Pad juga dilengkapi satu unit kamera 8MP dibelakang dan satu unit 8MP dihadapan yang mempunyai 105° fov dengan FocusFrame.
Tablet ini juga memiliki bateri berkapasiti 8,000mAh dengan pengecasan pantas 18W, MIUI 13 berasaskan Android 12 bersama jaminan 2 tahun kemaskini Android dan 3 tahun kemaskini MIUI.
Xiaomi Redmi Pad ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Graphite Grey, Moonlight Silver dan Mint Green pada harga dari INR 12,499 (RM 713)