Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Malaysia sumbang 400 kit kembali ke sekolah kepada kanak-kanak kurang bernasib baik

Xiaomi, baru-baru ini mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Suriana (Suriana), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berfungsi untuk menyokong dan memperkasakan komuniti tempatan.

Xiaomi Malaysia menyumbangkan 400 kit kembali ke sekolah kepada kanak-kanak daripada komuniti kurang bernasib baik di Lembah Klang.

Sebagai jenama yang mengutamakan peminat, pelanggan dan komuniti setempat, inisiatif CSR Xiaomi ini bertujuan untuk menyokong pendidikan dan kreativiti melalui teknologi di kalangan kanak-kanak daripada komuniti kurang bernasib baik. Dalam usaha membantu kanak-kanak ini belajar dengan lebih baik dan dilengkapi dengan baik untuk ke sekolah, Xiaomi telah menyertakan setiap kit dengan beg galas Xiaomi, satu pek pen Xiaomi Jumbo Gel Ink dan Tablet Penulisan LCD Xiaomi – sesuai untuk sebarang tugasan berkaitan sekolah dan hobi selepas sekolah.

Inisiatif CSR itu dirasmikan oleh Xiaomi Malaysia dengan kehadiran 50 kanak-kanak dari Desa Mentari, Selangor; Badan Pengurusan Bersama Desa Mentari; wakil dari Suriana; dan wakil dari Xiaomi Malaysia. Semasa sesi itu, pasukan dari Xiaomi di Malaysia, dengan sokongan daripada Suriana, berinteraksi dengan kanak-kanak dalam komuniti setempat melalui aktiviti selepas sekolah – di mana mereka mengadakan aktiviti melukis dan kraf yang menyeronokkan dan interaktif dengan tablet penulisan LCD Xiaomi. Baki kit kembali ke sekolah akan diedarkan kepada kanak-kanak di komuniti lain yang diselia oleh Persatuan Kebajikan Suriana.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif jangkauan komuniti oleh Persatuan Kebajikan Suriana, layari laman web https://www.suriana.org/https://www.suriana.org/.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.